1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saye.
7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
8 ) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...
9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus
10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak
12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur
16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung
17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
ape...
19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......
Sunday, May 24, 2009
TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...kahkahkah
Posted by TerraLuna at 9:04 PM 0 comments
Friday, May 22, 2009
pANtuN tEKa-tEKi
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan padi, Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa bertanduk di kaki. jwpn: ayam jantan
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan pulut, Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa tanduk di mulut. jwpn:nyamuk
Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka, Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka. jwpn:ikan pari
Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah cari wahai saudara, makin diisi makin ringan. jwpn:belon
Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu, Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu. jwpn:sotong
Berdengung bukannya kumbang, Berbelalai bukannya gajah, Kelam kabut saja terbang, Hampir kepada kaum bernyawa. jwpn:lebah/penyengat/lalat
Diukur dijangka-jangka, Burung merak burung angkasa, Dengar tuan saya meneka, Layang-layang gagah perkasa. jwpn:kapal terbang
Pak Pong Pak Mustafa, Encik Dollah di rumahnya, diadun tepung dengan kelapa, Gula Jawa di tengahnya. jwpn: kuih melaka/ lompang
Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga sipucuk rebung, Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung. jwpn: badak sumbu
Kalau tuan muda teruna, Pakai seluar dengan gayanya, Kalau tuan bijak laksana, Biji di luar apa buahnya. jwpn:buah gajus
Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya si gula batu, Kalau tuan orang yang pandai, Apa binatang tulangnya satu. jwpn:sotong
Walau dibungkus bukan kiriman, Sudah takdir tuhan yang satu, Meski ditanam bukan tanaman, Cubalah teka apakah itu? jwpn:mayat/jenazah
Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah, Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah. jwpn:cili api/lada besar
Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? jwpn:gasing
Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? jwpn:buah melaka, buah hati
Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? jwpn:di langit
Budak-budak bermain batu Batu dikira satu persatu Badannya lurus bermata satu Ekornya tajam apakah itu? jwpn:jarum
Jika tuan membeli tikar Tikar anyaman dari mengkuang Kalau tuan bijak pintar Ular apa membelit pinggang? jwpn:tali pinggang
Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang Sudah masak, kuninglah ia. jwpn:belimbing
Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Untuk mendaki tempat yang tinggi? jwpn:tangga
Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Layar terkembang di waktu malam?
Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara? jwpn:gergaji
Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk? jwpn:padi
Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala? jwpn:ketam
Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun? jwpn:api
Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar di dalam tebing di luar? jwpn: gigi
Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun? jwpn:umur
Buah cermai di dalam lubang, tepung digaul minyak sapi, Anaknya ramai ibunya seorang, Bila digesel berapi-api? jwpn:mancis
Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun-temurun, Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun? jwpn:payung
Posted by TerraLuna at 9:44 PM 0 comments
tEKa-tEKi-tEKu
TEKA – TEKI :
Hitam dan berpeluh.. Apekah itu ?
JAWAPAN :
Semut hitam tengah berjogging.
TEKA – TEKI:
Ape benda bila masuk segitiga bila keluar bergulung-gulung
JAWAPAN :
Seluar dalam ler..haha
TEKA – TEKI :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?
JAWAPAN :
Kuih lepat liat la. Sebab kapal terbang sampai langit sahaja, tapi kuih
lepat sampai lelangit.
TEKA – TEKI : Dalam banyak – banyak kotak, kotak apa yang ta boleh angkat?
JAWAPAN :
Kotak penaltilah.
TEKA – TEKI :
Kenapa penggali kubur gali kubur ta pakai selipar ?
JAWAPAN :
Selipar mana boleh buat gali tanah,guna cangkol sahaja boleh.
TEKA – TEKI :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
JAWAPAN :
Koboi naik kuda sambil membawa seekor ayam.
TEKA – TEKI :
Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan pula. Apakah ?
JAWAPAN :
Lilin masa sambut ‘EPI BESHDAY’.
TEKA – TEKI :
Scorpion colour apa?
JAWAPAN :
Kala jengking lah. Senang pun takleh nak jawab!
TEKA – TEKI :
Dalam banyak-banyak kera, kera ape yg pandai menaip?
JAWAPAN :
Kerani
TEKA – TEKI :
Ada sorang imam, tengah sembahyang selepas itu ada seekor anjing lalu depan
dia. Pastu dia menjilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ?
JAWAPAN :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
TEKA – TEKI :
4 org awek cun berpayung dengan satu payung tapi mengapa tak basah langsung ?
JAWAPAN :
Sebab tak hujan.
Posted by TerraLuna at 8:54 PM 0 comments